PENGARUH SYIAH IRAN DI MALAYSIA
Baru-baru ini Institut Terjemahan Negara mengumumkan kerjasama antara Malaysia – Iran dalam terjemahan beberapa hasil karya Parsi ke dalam Bahasa Melayu.
Saya melihat bahawa perkembangan ini sama sekali bukan sesuatu yang baik untuk masyarakat dan negara.
Masakan tidak kerana ia adalah usaha jelas untuk membawa pengaruh ajaran SYIAH ke dalam masyarakat Islam negara.
Sejarah Islam dan perkembangan politik semasa di sebahagian negara-negara Islam pada hari ini menunjukkan bahawa kemuncak pengaruh Syiah hanya akan membawa kemusnahan dan pertumpahan darah.
Tiada bukti yang lebih jelas daripada apa yang sedang berlaku di Syria pada hari ini.
Pihak yang mendakwa mahu memupuk persefahaman antara kaum Sunni dan Syiah terdiri daripada antara dua;
Sama ada dia JAHIL tentang ajaran Syiah itu sendiri yang SANGAT BENCI kepada orang-orang SUNNI dan menganggap kita sebagai NAWASIB (gelaran yang diberikan terhadap orang-orang Sunni) sebagai LEBIH NAJIS daripada KHINZIR- ANJING, dan LEBIH HALAL DARAHNYA daripada orang-orang YAHUDI-NASRANI,
atau
Dia sendiri adalah pengikut Syiah, musang berbulu ayam yang mahu memerangkap orang-orang Sunni, khususnya masyarakat awam yang naif (lurus bendul), tidak tahu menahu tentang bahaya Syiah.
BERWASPADALAH terhadap TIPU DAYA SYIAH!
Sememangnya ajaran SYIAH ialah BERTAQIYYAH (berbohong) untuk mengelabui mata masyarakat Islam.
Usahlah bersikap mengambil mudah dan memandang ringan BAHAYA SYIAH.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Hari ini kita menterjemah buku-buku sastera orang-orang Syiah. Esok pula kita mengadakan seminar, forum, bengkel, wacana, hari kebudayaan IRAN-SYIAH.
Kemudian lagi apa pula?Adakah kita mahu import REVOLUSI BERDARAH IRAN ke MALAYSIA?
Jangan lupa, REVOLUSI IRAN pada tahun 1979 menyaksikan jatuhnya RAJA SYAH IRAN yang terakhir dan terbunuhnya ribuan orang-orang Sunni Iran.
Tahukah anda bahawa di TEHRAN sahaja (ibu negara Iran) terdapat lebih 200 synagogue (rumah ibadah) Yahudi, TETAPI TIDAK ADA WALAU SATU PUN MASJID SUNNI?!!
Surau Sunni yang terakhir telah dirobohkan beberapa tahun yang lalu!
Saya mengira bahawa sekiranya kita sayangkan Agama dan Negara, tidak mahu melihat Sultan dan Raja kita digulingkan, maka wajarlah kita bertindak menghalang penularan pengaruh IRAN-SYIAH ke dalam negara.
Semoga Allah memelihara kita semua.
Wallahul musta’an.
Sumber : FB Ustadz Idris Sulaiman